Saturday 5 July 2008

Run For Charity

Photobucket

Pagi ini HB menyertai program ini yang dianjurkan oleh KennyRogers, Desa WaterPark, Kumpulan Berjaya, SilverBird, VeGood dan Milo.
Acara bermula jam 8.00 pagi dan mempunyai 5 kategori mengikut jantina dan umur, Ianya berlangsung di Desa WaterPark, Kuala Lumpur.
Program ini lebih bermakna apabila disertai 800 anak-anak Yatim dari beberapa Rumah Kebajikan yang terpilih.
Setiap peserta harus berlari sambil membawa satu kon aiskrim berisi sebiji telur ayam.Bagi peserta dewasa harus berlari sejauh 4.5km dan kanak kanak sejauh 3.5km yang dimana laluannya mengelilingi kawasan luar Desa WaterPark dan diawasi oleh pihak Polis, Rela, Ambulans dan marshall Kenny Rogers serta Desa WaterPark.

Photobucket
Baju Rasmi Program Run For Charity.

Photobucket
Setiap peserta mendapat Goodies Bag ini.
A 393 adalah nombor penyertaan HB.

Setelah sekian lama tidak berlari mahupun berjalan kaki sejauh ini, hasilnya segala urat sendi kaki HB sakit hingga saat ini tetapi rasa gembira telah mengatasi segala galanya.
Semoga kita dapat meraikan golongan yang kurang bernasib baik dengan menganjurkan atau menyertai program seperti ini.

16 comments:

ZUE'z said...

Waaa..balanggg... baguss hangg...
emmm..hang da makin tembam ek...hehehe..

HuluBalang said...

Saja seronok NTY :)
Tembam? Haha, memang pun HB rasa semakin tembam sbb itu join Run For Charity ini.....lps ini kena buat senaman la kasi mantap balik...Haha

Hati said...

wah....ada tin sardin..best nye lari2 dpt no 10 pon dpt mcm2 adiah

HuluBalang said...

Tin sardin tapi bukan ada sardin pun dalamnya,ianya cuma tabung :)
Haha, HB menang nombor 10 kebelakang :)

edarankoko said...

wah bro. semakin aktif hang skarang nie dengan aktiviti riadah yang sihat lagi menyikatkan.....nie kenney roger sponsor eak?kene lari sambil makan ayam panggang ker bro? hehehe gurau

HuluBalang said...

Kenalah aktif Bro, Tak nak jadi tembun hang sahabat HB tue...wakaka.Esok nak beli kasut jogging, Beriadah sambil aktiviti membuayakan diri..Hehe :)

Yup, Kumpulan Berjaya :)
Bukan berlari makan ayam, bawak telur ayam...hehe

ZUE'z said...

elok la tuh.. wat amal sambil bersenam..ahaksss.. kesihatan kena jaha gak...

HuluBalang said...

Yup, kesihatan pun kena jaga :)
Semoga kita semua dapat menjayakan program sedemikin rupa dilain masa :)

ZUE'z said...

hang da lama x berlari kan... emm.. x rasa sengal2 ke urap sarap tuh?..hehehe

HuluBalang said...

Jangankan berlari, berjalan kaki sejauh itu pun HB da lama tak lakukan, hingga sekarang masih terasa sengal sengal sendi ....hehe.

pandapenyek said...

run for charity untuk org yg tembam je ke?

HuluBalang said...

Hehe, Hang mesti ada banyak company insurans cover hang ek Pai :)
Bukan tembam sahaja, yang kurus melidi pun ada juga turut serta.

pandapenyek said...

kahkahkah

awatnya ni HB..terasa ka? kahkahkah
ingt JLO je ke yg cover insurans satu badan? aku ni haa satu badan pun cover insurans..ekekeke

HuluBalang said...

Hehe, tak la terasa cuma saja saja terusik.
Kira hang pun ada insurans satu badan la ek, takpe.....nanti jumpa taw la hang :)

Anonymous said...

ehem saiya suka itew sadin!

HuluBalang said...

Itu tin isi takde, depa buat tabung...hehe, suruh simpan duit dlm tabung sardin, bila da penuh duit tabung p kedai beli satu karton tin sardin...paham?