Thursday 19 June 2008

Sibuk

Photobucket

Sibuk tidak mungkin membataskan kita melakukan apa sahaja kemahuan.
Biarlah keperluan dan kemahuan kita diberikan hak sama rata seboleh-bolehnya.
Agar perjalanan kehidupan sehari hari akan bertambah ceria dan bermakna.
Ada juga manusia yang sibuk tentang manusia yang lain, tapi tidak mahu manusia yang lain sibuk tentang dirinya.
Ada juga manusia yang sibuk untuk beritahu tentang dirinya kepada manusia yang sibuk untuk tahu tentangnya.
Ada juga manusia yang buat buat sibuk walaupun sebenarnya tidak sibuk.
Kalau hendak seribu daya , Kalau tak nak seribu dalih.

Hujan

Photobucket
Alhamdulillah, Hujan turun memberikan rahmat dariNya.
Kadang kadang bila hujan ada juga manusia yang tidak suka.
Tapi bila panas berpanjangan ada juga manusia yang mengeluh.
Ada juga mengatakan hujan sebagai cuaca yang yang tak elok atau buruk.
Sesungguhnya kita perlu bersyukur dalam apa jua keadaan sama ada hujan atau sebaliknya.
Kita masih diberikan nyawa dan buah fikiran untuk berfikir tentang kejadian alam.
Yang buruk pasti datangnya dari kita, mesti ada sebab mengapa cuaca sering berubah ubah.
Kerana manusia sering melakukan kerosakan kepada alam semulajadi.
Hanya yang Maha Esa sahaja yang mengetahui tentang segala ciptaannya.

Tuesday 17 June 2008

TC 3




  • Bust org yg sama level sebagai permulaan, lebih afdal jika levelnya lebih tinggi dan masa 2 jam ke atas.Exp pun lebih
  • Crimes yg memberikan tunai lumayan bermaksud Exp yang sedikit.

  • Kalau NB 35, Jgn buat crime contohnya Kidnapping, Arson (Government Building) dan GTA untuk sementara waktu kerana NB akan turun ke 30 semula.Sila lakukan bust terlebih dahulu bagi mengukuhkan NB 35.

  • Bila sudah sampai level 10 jangan lupa tukar dari GYM Woody's ke GYM Joe's.
  • Klik Newspaper, LOCAL GYM
    Woody's Work Out Club (level 1+, $100)

    Average Joe's (level 10+, $25,000)


http://www.youtube.com/watch?v=L0GBn2-85Eo

Thursday 12 June 2008

Salah Hari

Photobucket

Dengan penuh yakin hari ini berbaju melayu
Adakah sebab ada majlis akad nikah ?
Adakah sebab ada keramaian yang memerlukan berpakaian begitu?
Adakah sebab mempertahankan budaya Melayu?
Adakah sebab tarikh?
Semua perkara diatas adalah salah sama sekali.
Sebab itu datangnya dari diri sendiri.
Sebab salah mengenalpasti hari :)

Tuesday 10 June 2008

Wang

Photobucket

Ianya cuma kertas bercetak yang sungguh bernilai lagi bermakna.
Ianya digunakan sebagai ganti kepada sistem dagang barter.
Manusia mencarinya dengan bertungkus lumus pelbagai cara.
Mempunyai matlamat dan harapan yang tinggi terhadapnya.
Biarpun dewasa ini sekeping kertas itu semakin susut nilainya.
Bermacam macam cara yang berhemah lagi berjimat cermat dilakukan.
Tapi sejauh mana manusia sanggup mengekang inflasi yang melanda.
Tujuan sebenar mengikat perut telah dinodai, Cita cita yang terkandung didalam nilai kertas itu turut hilang dek kerana sifat manusia yang suka menangguk di air yang keruh.Manusia jenis ini suka mengambil kesempatan diatas penat lelah manusia lain tanpa memperdulikan masalah yang mereka tanggung.
Itulah kuasa kertas yang selalu menggelapkan mata hati manusia yang tamak.
Setinggi manapun pencarian kita terhadap kertas itu, Ianya tetap akan lupus dengan pelbagai cara yang tak pernah kita sangkakan.
Carilah ianya dengan cara yang betul dan sentiasa peka serta bertolak ansur dengan masalah orang lain mengenai kertas ini... :)

Jalan

Photobucket

Setelah sekian kalinya kita mencari jalan yang di kehendaki,
Kita teruja dan memikirkan pelbagai cara untuk mengharunginya,
Hinggakan kita meminta pandangan serta cadangan dari pihak lain,
Maka bermula segala percanggahan, pergeseran dan pelbagai rumusan,
Yang selama ini mereka tidak pernah cuba membantu kita mencari jalan tersebut dengan seikhlas hati mahupun semangat yang berterusan.
Mereka ini selalu memberikan seribu satu kerumitan dan kepayahan bagi setiap jalan yang kita temui.
Menghancurkan harapan dan cita-cita yang menggunung tinggi.
Masa semakin meninggalkan kita, Lihat sekeliling apa bantuan yang diberikan oleh mereka- adakah cukup memadai?
Mereka memang berilmu tapi cara mereka untuk kita harungi jalan itu adalah salah sama sekali kerana bukan rangkuman bidangnya.
Yang akhirnya kita tak akan ke mana mana sudahnya.
Walhal sepatutnya kita cuba dengan cara tersendiri melalui pengalaman dan rumusan pihak yang berkenaan yang lebih bijaksana menguruskan jalan yang kita harus ditempuhi itu.
Yakinlah pada diri sendiri dan kemampunan yang dimiliki.
Jika ada jalan yang lurus mengapa perlu kita memilih jalan yang berliku - liku....:)



Persahabatan.

Photobucket



Kita semua mengharapkan erti persahabatan sedemikian rupa.
Jujur dan toleransi adalah konsep yang perlu dipraktikkan bagi memastikan keharmonian.
Jangan pentingkan diri sendiri sama sekali.
Ketika saat saat sukar mahupun sebaliknya perlu harungi bersama - sama





Monday 9 June 2008

Terima Kasih



Ucapan ini ingin dikurniakan kepada semua insan yang mengenali diri HB sama ada di sini mahupun di luar sana.Kerana bantuan , tunjuk ajar dan panduan kalian dapatlah HB melayari internet dengan penuh bermakna dan mengisi masa lapang selama ini.Banyak perkara yang HB perolehi melaluinya selain maklumat, dapat juga mengenali ramai insan yang terdiri dari setiap peringkat umur, status, perangai, rupa, ragam, citarasa, hobi dan dari mana ianya berada.Walaupun kadang-kadang kita akan terdedah dengan maklumat yang tidak benar atau meragukan daripada mereka, Itu adalah asam garam yang akan memberikan kita lebih pengalaman dan sikap berhati hati. Tidak semua rakan atau kenalan yang akan memberikan keikhlasan yang sebenar kepada kita, perkara ini terjadi kerana mereka menjalinkan hubungan untuk mendapatkan sesuatu ataupun sekadar suka suka.Tetapi ada juga insan yang sungguh baik hati, tolong menolong, mempunyai sifat kasih sayang antara manusia, penuh keikhlasan dan bertanggungjawab menjaga talian persahatan hingga ke ahkir hayat.Tidak dinafikan akan ada asalnya kenalan yang kemudiannya menjadi renggang kerana salah faham dan ketidaksamaan pendapat mahupun cara berfikir, Ini semua menyumbang bagi membentuk realiti sebuah kehidupan dimana kita harus fokus apa yang sebenarnya yang kita inginkan disini.Kadang-kadang untuk menyatakan kebenaran adalah satu bebanan walaupun harus diungkapkan bagi merungkai permasalahan perasaan dan perbuatan.Kadang kadang apa yang kita fikirkan, luahkan pendapat, jalinkan hubungan dan berkata kata di sini mempunyai sudut yang berbeza pada pandangan orang lain. Tak semua impian atau harapan kita menjadi kenyataan mengikut acuan sendiri, Hidup penuh dengan liku likunya yang perlu kita tempuhi dengan semangat yang kental.Jangan sesekali menaruh harapan yang tak pasti kunjung tiba kerana ianya bakal mengundang sengsara kemudian hari.Ceriakan minda dari segala kekusutan kerana setiap detik kita pasti akan berhadapan dengan masalah yang baru.Rumusannya disini, Terima Kasih tak terhingga kepada semua kenalan kerana memberikan HB pengalaman suka duka kehidupan yang cukup bermakna sepanjang melayari internet :)


Sunday 8 June 2008

TC 2

  • Sebagai permulaan di TC dapatkan Education yang sesuai dan mampu sebagai contoh Basic Computing Course atau Basic English Course yang kosnya cuma $ 500 dan 25 Energy.Education terbahagi kepada 3 bahagian Intelligence,Manual Labour, Endurance membentuk satu Working stats yang setiap pekerjaan memerlukan jumlah yang berbeza. Rancang dan buat pilihan pekerjaan agar seimbang dengan Education kita.

  • Setelah dapatkan Education, Pilih salah satu pekerjaan antara Army, Grocer, Casino, Medical, Education dan Law. Casino adalah permulaan yang terbaik bagi pendapat HB, token boleh diganti dengan tunai bila sampai tempohnya.Bagi level permulaan Craps akan memberikan peluang mendapatkan tunai yang banyak.

  • Tunai juga boleh diperolehi melalui Crimes dengan menggunakan Nerve Cost dari -2Nerve sehingga -18Nerve tapi buat permulaan lakukan dgn -2Nerve sebagai contoh Search under the old bridge atau Search movie theater yang mungkin berpeluang dptkan tunai sebanyak mungkin dan dengan melakukan crimes -2Nerve anda tidak akan ditahan sama sekali.Apabila setiap crimes berjaya kita lakukan hingga ke peringkat akhir maka kita sudah boleh membuat crimes yang seterusnya dan elakkan di tahan kerana setiap kali kita di tahan maka EXP kita akan di tolak maka peluang kita utk naik level akan tipis.Crimes yg patut kita elakkan seperti -4Nerve Shoplift (Jewelry Shop) dan -6Nerve keseluruhannya. Lakukan crimes -5Nerve Pickpocket someone (Mug the Loan Shark) sehingga mendapat Nerve Bar 25 kemudian crimes-7Nerve Armed Robberries ( Thorough robbery) sampai dapat Nerve Bar 30, selepas itu buat crimes -11Nerve Arson(Warehouse) sehingga Nerve Bar 35 tetapi utk melakukan Arson- Requirement: Gas Can, Drivers License diperlukan.Untuk mendapatkan lebih info mengenai Crimes sila rujuk http://www.tcbasic.com/information/crimes-27.html .

  • Beli atau sewa kediaman yang bagus bagi mendapatkan Happy yang tinggi dalam membantu kenaikkan Battle Stats, apabila Happy yang diperolehi tinggi maka setiap kali lakukan GYM peratusannya juga akan tinggi dan Nerve Bar akan lebih cepat penuh.

  • Dapatkan Donator Packs yang mampu bertahan sehingga 31 hari bagi menaikkan Ernergy 100 kepada 150 dan nikmatilah kemudahan seperti 50 points, 50 Friends List, 50 Black List dan lain lain.Apabila mempunyai DP setiap 10 minit 5 Energy akan bertambah dan memerlukan dalam 5 jam bagi memenuhkannya.

  • Gunakan Merit dengan penuh berhati -hati dan HB sarankan gunalah utk upgrade Bank.

  • Dapatkan butiran dan password mengenai setiap peringkat Missions TC di http://www.tcbasic.com/information/missions-28.html

  • Marriage bagi mendapatkan awards dan pelbagai kelebihan yang mendatang. http://www.tcbasic.com/tutorials/marriage-45.html

  • Ranks juga memainkan peranan yang penting, Level tinggi tapi Ranks rendah juga tidak bermakna.Peluang utk kita menang ketika menyerang adalah cerah.Untuk mendapatkan Ranks yang tinggi perlukan pengorbanan, sebagai contoh beli barang daripada TC kemudian jual semula di TC tapi bukan di Item Market mahupun Auction House - Klik Item dan sell.

  • Faction juga akan memberikan kelebihan dan kemudahan kepada Ahli Ahlinya mengikut acuan Leader Faction tersebut.Dari segi bantuan tunai, senjata, medical item, backup ketika diserang dan lain lain.Ada Faction yang inginkan kedamaian utk lakukan Organized Crimes bagi dptkan duit dan GYM semata mata dan ada juga Faction yang sukakan peperangan mengugut serta memeras Faction lain bagi mendapatkan duit.Yang penting jalankan tanggungjawab ketika berada di dalam Faction seperti sertai OC setiap kali ianya di perlukan.

  • Weapon Malee sekurang-kurangnya Kodachi Swords dan sebaik-baiknya Yasukuni Swords.

  • Secondary Weapon yang terbaik adalah Dual 96G Barettas.

  • Primay Weapon paling minima XM8 Riffle, Steyr AUG kemudian M249 PARA LMG dan Minigun. Jackhammer yg terbaik mengikut sistem serang yang terbaru ini.

  • Armour cukuplah hanya sekadar Bodyguard tapi kalau mampu beli dan miliki armour yang lebih hebat seperti Liquid Body Armour dan Flexible Body Armour

Thursday 5 June 2008

Jakarta Bogor Puncak Bandung


Wed 07- Depart LCCT- 0700 by AA Flight AK 952

Arrived Bandara Soekarno Hatta – 0800

Taman Safari Indonesia, Bogor

Restoran Simpang Raya , Cipanas , Puncak

Check in Novotel Bandung

Sajian Sunda Sambara, Jl Trunojoyo


Thus 08- Food court , Pasar Baru

Shopping day at Pasar Baru and Factory Outlet

Jl Dago, Jl Riau, Jl Cihampelas

Ikan Bakar Pak Chi Met, Jl Sukajadi

Paris Van Java


Fri 09- Pasar Baru & Roger’s Dago Spa {F}

Ayam Goreng Tulang Lunak, Jl SuryaSumantri

Swarga (japanese style massage ) {M}

FO Rumah Mode & Mode Plus , Jl Setiabudhi

Lisung Coffee Station, Jl Dago Pakar Timur

FO Heritage , Jl Riau


Sat 10- Sapu Lidi (Makan Disawah) , Jl Sersan Bajuri, Lembang

Taman Wisata Alam Tangkuban Perahu

Taman Wisata Ciater & Rumah Strawberry

Kampung Daun Culture Gallery & Café


Sun 11- Pasar Gasibu & Collector Parfum Fragrances

Brownies Kartika Sari

Check out Novotel Bandung

Restoran Simpang Raya , Bandung

Check in Hotel Ibis Mangga Dua, Jakarta

WTC Mangga Dua


Mon 12- Check out Hotel Ibis Mangga Dua , Jakarta

Mangga Dua Square

Depart Bandara Soekarno Hatta- 2025

Arrived LCCT – 2320 by AA Flight AK 957

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Factory Outlet di Jalan Setia Budhi, Bandung.
Rumah Mode dengan Mode Plus antara yang paling popular di antara rombongan pelancong pelancong.
Lihatlah kemacetan [ kesesakkan] di Jalan SetiaBudhi apabila hujung minggu menjelma.

Photobucket

Pasar Baru, Bandung
Salah satu tempat membeli belah yang harus dikunjungi, mempunyai 7 lantai [ tingkat] yang setiap lantai menjual pelbagai jenis fabrik, kelengkapan pakaian muslimah dan macam macam yang berasaskan kain.Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Masjid Raya Bandung.
Masjid terbesar di Bandung, terletak di tengah tengah kota Bandung dan berhampiran dengan Pasar Baru.
Di sekitar kawasan Masjid ini di gelarkan Alun Alun.
Terdapat 2 menara Masjid Raya Bandung yang dimana salah satunya pelawat boleh menggunakan lift untuk melihat permandangan sekitar Kota Bandung dari ruang legar teratas menara yang disediakan.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Permandangan Kota Bandung dari Menara Masjid Raya Bandung.


TC

Sudah 227 hari HB menceburi permainan secara online ini tidak mengira siang malam, pagi petang dan apa jua keadaan cuaca, sekalipun HB sibuk dengan tugas pasti akan meluangkan sedikit masa ( sikit ke? ) untuk TC.Walaupun sekadar untuk ke Gym dan Crimes .
Hingga kini HB telah di anugerahkan sebanyak 30 pingat , Game rank: #12 Veteran , Level: 21 dan Marital Status: Married to pandapenyek for 200 day(s) dan betugas di Torn City Hospital juga bakal menjadi Brain surgeon.

Property: Palace
Owner: HuluBalang

TC hanya satu permainan yang memerlukan displin, kawalan perasaan, akal fikiran dan semangat untuk kita berjaya dengan cemerlang.Dalam TC juga ada kawan dan lawan, ada damai ada juga kacau bilau.TC juga sama dengan alam realiti, memerlukan duit untuk terus maju dan kuasa.Dengan menjadi kaya raya kita mampu miliki kediaman yang bagus, senjata yang ampuh dan pelbagai kemudahan yang lain.TC juga ada kalanya mengundang suka duka yang menjadikan kita lebih berpengalaman dalam menguruskan kehidupan di alam maya, mengenal sikap seseorang, telatah serta perangai manusia dan perpaduan antara satu sama lain.TC juga memerlukan sikap bantu membantu, saling percaya mempercayai dan kerjasama bagi menjayakan sesuatu misi sama ada di dalam company mahupun dalam faction.Walaupun ianya cuma permainan di alam maya tapi masih memerlukan sifat dan perasaan kita sebagai manusia.Jangan lupa juga dengan pepatah duri dalam daging kerana ianya akan terjadi di dalam TC ini, mereka ini mudah lupa dengan segala bantuan yang kita curahkan bagi mencapai misi serta tujuan yang kadangkala akan menikam kita dari belakang.Maka dengan itu berhati-hati apabila membuat sebarang hubungan tidak kira sama kerakyatan atau sebaliknya.Apabila berlaku pergeseran, salah faham dan ketidakpuashatian antara satu sama lain maka adalah lebih baik di bawa berunding terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang melulu yang akan mengakibatkan impak yang tidak terkawal.Tapi jika setelah berunding tetapi tiada jalan penyelesaian dan atas nama kebenaran tidak salah kita mempertahankan diri dengan apa cara sekalipun hatta dengan cara menyerang bertali arus.Dalam TC , apabila kita diserang bertali arus dengan menafikan hak kita untuk menyatakan kebenaran maka jangan sesekali kita putus asa dan menyerah kalah....Ayuh bangkit pertahankan diri kita dengan segala apa dimiliki.Oleh sebab itu kita disarankan memiliki atau menyewa kediaman yang bagus sebagai contoh Ranch atau Palace sekurang kurangnya, Primary weapon,Secondary weapon dan Melee weapon yang hebat lagi ampuh sebagai contoh Minigun , Dual 96G Berettas dan Yasukuni Sword.Kediaman dan senjata yang hebat juga tidak cukup hebat jika Battle stats tidak mencapai sasaran mengikut age dan level, Jangan membazirkan Energy pada perkara yang tidak mendatangkan faedah jangka panjang. Adalah lebih baik kita gunakan Energy untuk GYM mengikut skala panduan http://www.andyviar.com/tornCity_personalTrainer.php. Working stats yang bagus juga akan membantu dalam mencari pekerjaan di TC. www.tcbasic.com



Terima Kasih tidak terhingga kepada semua yang membantu HB secara langsung mahupun sebaliknya.