Monday 28 July 2008

Bandung 2

Photobucket
Restoran Sapu Lidi yang berkonsepkan sawah padi,terletak tidak jauh dari Restoran Kampung Daun.
Photobucket

Photobucket
Sini juga tersedia bantal yang khusus untuk duduk sahaja, jika perlu lagi boleh minta daripada karyawan bertugas.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Saerobi
Photobucket
Jika perlu apa-apa sila ketuk buluh yang tersedia di tiang saung.
Photobucket
Sungguh medamaikan, sambil menjamu selera kita akan diperdengarkan dengan alunan muzik Jawa.
Photobucket
Photobucket
Hiasan dalaman yang terdapat di Restoran Ikan Bakar Pak Chi Met , Jalan Sukajadi.
Photobucket
Rojak Buah pun ada keropok.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Antara menu yang dipesan, ayam goreng, ikan gurame bakar, yang lidi itu udang dengan cumi (sotong) bakar, salad,tahu, tomato dan tempe.....ermmm, sedap :)
Photobucket
Antara cili dan sambal yang disediakan.
Photobucket

Photobucket
Hidangan di Restoran Sambara, masakan Sunda......semuanya kering.
Sambal cili hijou dengan sambal cili merah yang cuma secubit HB jamah selebihnya hanya jadi tatapan HB.
Photobucket
HB di Lisung Cafe yang terletak di bukit Dago, dari sini boleh lihat permandangan Kota Bandung.Masa ini terfikir kenapa makanan HB sikit dari yang lain...rasa macam tak cukup saja...hehe.
Photobucket
Ini masa HB berada di Ciater selepas melawat Gunung Berapi Tangkuban Perahu.
Ciater ini tempat air panas yang langsung dari Gunung Berapi, sambil tunggu mereka merendam kaki didalam kolam tersedia...HB pi menunggang kuda ....bak kata sahabat HB yang telah membantu mengecilkan gambar kali ini " lain kali tolong laa jangan siksa binatang lagi..."

Tuesday 22 July 2008

Taman Safari Indonesia, Bogor

Sampai sahaja di Jakarta langsung ke Bogor yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Masuk dan pandu dengan kenderaan sendiri untuk mengelilingi kawasan safari,kita boleh lihat habitat haiwan yang jinak, separa jinak dan langsung tidak jinak dengan lebih jelas yang cuma cermin kenderaan menjadi penghalang antara kita dan haiwan tersebut.Setiap kumpulan haiwan akan terbahagi dalam kawasan yang berlainan kategori,setiapnya harus melalui pagar yang bermenara bagi memantau keadaan.Yang pastinya kita akan dapat pengalaman yang baru dan lebih bermakna.
Photobucket
Sang singa termenung mengenangkan masa depan.
Photobucket
Sang singa yang pemalu sambil nak tunjuk rambut yang di milikinya.
Photobucket
Sang belang yang tampak sopan, kesejukkan selepas hujan reda.
Photobucket
Unta yang kesepian.
Photobucket
Satu jenis kumpulan berlainan spesis sedang berkongsi makanan.
Photobucket
Orang Utan yang sedang berteduh dari hujan.
Photobucket
Zirafah sedang memerhatikan tetamu dari kediamannya.
Photobucket
Tanduk yang digunakan sebagai pertahanan diri.
Photobucket
Beruang Matahari yang sedang berlegar-legar.
Photobucket
Satu kumpulan dengan Orang Utan, sedang berehat.
Photobucket
Sang badak yang berselindung diantara kawanan rusa.
Photobucket
Gajah sedang menjalankan aktiviti rendam kaki.
Photobucket
Badak sumbu yang sedang mengekori kenderaan HB.
Photobucket
Kuda Belang yang berusaha untuk mendapatkan carrot daripada tetamu dari dalam kenderaan.

Saturday 19 July 2008

Kampung Daun, Bandung. Indonesia

Photobucket
Kampung Daun Culture Gallery & Cafe yang terletak di utara Kota Bandung dan jalan menuju ke Lembang.

Photobucket
Lebih dikenali sebagai Saung.

Photobucket
Terdapat 29 Saung bersaiz kecil , ini adalah salah satu daripadanya.

Photobucket
Terdapat 2 Curug , gelaran yang diberikan untuk tempat makan yang permandangannya langsung ke arah air terjun.Curug B yang kelihatan di gambar ini manakala HB di Curug A yakni bertentangan dengan Curug B.

Photobucket
Curug A, pilihan HB untuk menikmati santapan malam.

Photobucket
Salah satu Saung daripada 4 Saung untuk menempatkan sehingga 50 orang dalam satu- satu masa.

Photobucket
Santapan yang HB pesan.

Photobucket
Cewek jamu, Pak Ngah, HB dan Amir (pemandu pelancong)
Kali pertama HB minum jamu.

Photobucket
Tangga menuju ke bahagian paling atas bukit, masih terdapat saung-saung kecil dan tempat makan paling atas dikenali sebagai Balai Ageung yang boleh menempatkan sehingga 300 orang dalam satu-satu masa.

Photobucket
Air terjun waktu malam.

Thursday 17 July 2008

Hadyai, Thailand

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Gambar gambar sekitar Pasar Hadyai, Ini bukan yang terkini mungkin 3 atau 4 tahun lepas.Biasanya kalau perjalanan dari Kuala Lumpur, Kuala Kangsar, Pulau Pinang dan Alor Star destinasi seterusnya pasti Hadyai.Semenjak kejadian yang membimbangkan di selatan Thailand maka lokasi ini ditangguhkan serta merta untuk dilawati.Biasanya memandu sendiri yang mengambil masa lebih kurang satu jam dari sempadan,walaupun tulisan Thai di setiap papan tanda itu tidak menjadi halangan.Untuk santapan tengahari HB pasti ke Pasar ini untuk menikmati masakan Thailand yang halal seperti tom yam, daging masak merah,ayam bistik,telur bungkus, kailan ikan masin dan lain lain.....yang pasti hanya kedai makan yang hujung sekali menjadi pilihan setiap kali lokasi ini disinggahi.Malam pula HB suka beli pulut+santan+ durian dan ayam goreng, pendek kata asyik makan saja :)

*Lain kali ke sana, HB akan ambil lagi gambar-gambar di Hadyai.

Riadah

Photobucket
Dengan semangat kesukanan yang berkobar-kobar maka HB telahpun membeli sepasang kasut jenama Rebook di Parkson OU.Semangat ini dicetuskan apabila berlaku perubahan paradigma dalam diri HB, terdapat fokus serampang dua mata di dalam semangat ini iaitu menyihatkan sistem dalaman dan luaran tubuh dan menggunakan masa lapang di kawasan riadah yang telah disediakan.
Di sini terdapat 3 lokasi riadah yang berlainan gaya konsep dan cabaran.
Maka untuk kesihatan diri sendiri marilah kita amalkan gaya hidup yang menyihatkan.

Filem Hancock


There are heroes....there are superheroes...and then there’s Hancock (Will Smith). With great power comes great responsibility – everyone knows that – everyone, that is, but Hancock. Edgy, conflicted, sarcastic, and misunderstood, Hancock’s well-intentioned heroics might get the job done and save countless lives, but always seem to leave jaw-dropping damage in their wake. The public has finally had enough – as grateful as they are to have their local hero, the good citizens of Los Angeles are wondering what they ever did to deserve this guy. Hancock isn’t the kind of man who cares what other people think – until the day that he saves the life of PR executive Ray Embrey (Jason Bateman), and the sardonic superhero begins to realize that he may have a vulnerable side after all. Facing that will be Hancock’s greatest challenge yet – and a task that may prove impossible as Ray’s wife, Mary (Charlize Theron) , insists that he’s a lost cause.

HB lunch di Restoran Kenny Rogers Roasters , Midvalley Megamall semalam. Quater Meal bersama mashed potato,golden corn and carrot dan aromatic rice jadi santapan tengahari HB.Program seterusnya ke Golden Screen Cinemas untuk menonton filem Hancock yang bermula jam 2.35 petang, pada pengamatan HB filem ini ringan dan seronok.Kalau nak tahu bacalah sinopsis diatas, kalau hendak tahu lebih lagi silalah ke pawagam yang terdekat. GOOD JOB :)

Monday 7 July 2008

Kuala Kubu Bharu, Selangor

Photobucket

Photobucket

HB suka bila bertugas di Kuala Kubu Bahru, walaupun perlu melalui perjalanan yang agak jauh dan mencabar kerana keluar sahaja dari plaza tol Rawang menuju ke KKB banyak sungguh kenderaan kenderaan yang jauh lagi besar dari kenderaan HB menggunakan laluan yang sama.KKB yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan, suasana yang tenang dan yang terkini mempunyai stesyen komuter.

Photobucket

Perjalanan yang melewati Empangan KKB hingga ke Bukit Fraser hanya terdapat 2 perhentian jika HB tidak silap. Di mana setiap perhentian tidak tersedia tandas awam dan gerai jualan yang ada cuma kerusi, meja serta wakaf sahaja.

Photobucket

Photobucket

Cuma di Pusat Perkhidmatan SPLASH terdapat kemudahan tandas awam dan rujukan, lakaran dan sejarah pembinaan Empangan di Sungai Selangor.Pusat Perkhidamatan ini berada di antara 2 perhentian tersebut.Di sini juga adalah pusat kawalan empangan Sungai Selangor.