Wednesday 3 December 2008

Bangkok, Thailand

Facts About Thailand.

Bangkok, known to the Thais as "Krungthep", which means the City of Angels, was established in 1782 by King Rama 1 as capital of Siam.Over the past two centuries, it has developed into a great metropolis with a population of over 8 milion.Bangkok is still best suited for a glimpse of the traditional arts, architecture, religion and other aspects of culture of the Thai people.

Geography- Thailand has a land area of 513,115 sq km bordered by Malaysia ( south), Myanmar ( west&North), Laos ( north&East) and Cambodia ( southeast)

Climate- Temperature varies from 38C to 19C.

Seasons- Hot ( March-May), Rainy ( June-October) and Cool ( November-February)

Language- Thai is the national language.English is widely understood in cities.

Religion- Buddhist- 94.2% , Muslim 4.6% , Christian 0.8% , Others 0.4%

Population- Total 62,828,706 ( end 2006), including 31,007,857 males and 31,820,849 females.Of the total, 5,695,956 live in Bangkok

Government- A constitutional monarchy headed by King Bhumibol Adulyadej, with 76 provinces, each sub-divided into amphoe( district), tambon ( sub-district) and muban ( village)

National Flag- The red,white and blue bands symbolize the nation, Buddhism and the monarchy respectively.

Clothing- Thin cotton is the best. A jacket or sweater may be necessary in the cool season, espacially in a mountainous area in the North or Northeast.

Water- Drink only bottled or boiled water.

Local time- GMT +7 hours

Business hours- Most offices open 8.30am- 5.00pm, Monday to Friday.General banking hours are Monday to Friday, 8.30am - 3.30pm

Major Agricultural Exports- Rice, tapioca, rubber, maize, pineapples, durians, longans, palm oil and herbs.

Major Manufactured Exports- Computer and computer accessories, integrated circuit, textiles, electronics, cars and spare parts, gem and jewellery, televisions and television accessories.

_________________________________________________________________________________

Kuala Lumpur, Malaysia - Bangkok, Thailand
17.11.2008- 23.11.2008
____________________________________________________________________

17/11/08-
Depart LCCT – 22.20 by AA Flight FD 3576
Arrived Suvarnabhumi International Airport- 23.25
Check in Hotel Ibis Sathorn Bangkok, Soi Ngam Duphli, Rama IV Rd. Sathorn

18/11/08- Siam Square, Siam Paragon, Siam Central, Rama 1 Rd (BTS) Siam
MBK Center, Phaya Thai Rd ( BTS) National Stadium
Restoran Mak Yah, Phetchaburi Rd.
*Darul Aman Mosque, Soi Phetchaburi 7.
Suan Lum Night Market, Rama IV Rd (BTS) Sala Daeng

19/11/08- Chao Pharaya River Boat (BTS) Saphan Taksin
Sathorn Pier- Tha Chang Pier – THB 250
( Amulet Market, Emerald Buddha and Grand Palace )
Restoran Farida, Phetchaburi Rd.
MBK Center, Phaya Thai Rd.

20/11/08- Times Square, Sukhumvit Road
Arabic Rd ( Nana Road ) Soi Sukhumvit 3
Restoran Al – Hussain
Isetan, Central World and Zen, Ratchadamri Rd.

21/11/08- Floating Market(Damnoensaduak in Ratchaburi Province) THB400
1 & half hour from BKK*
Rose Garden & Thai Culture Centre
Restoran Farida, Phetchaburi Rd.
MBK Center, Phaya Thai Rd

22/11/08- Chatuchak Market, Phahonyothin Rd (BTS) Mo Chit
*Saman Islam (Muslim Food) near Tower Clock
MBK Center, Phaya Thai Rd.

23/11/08- Check out Hotel Ibis Sathorn Bangkok, Soi Ngam Duphli, Rama IV Rd. Sathorn
Depart Suvarnabhumi International Airport- 07.10
Arrived LCCT- 10.15 by AA Flight FD 3571

____________________________________________________________________

Photobucket
Di Suvarnabhumi Airport, tunggu bagasi.

Photobucket

Photobucket

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


MBK Centre,Phaya Thai Rd.Berhampiran dgn BTS(Siam&National Stadium)
Dari station BTS langsung ke MBK dengan menggunakan jenjantas.
MBK Centre ini ada 7 tingkat- www.mbk-center.co.th

Photobucket
Restoran Mak Yah, Phetchaburi Rd. Bertentangan dengan jalan utama.

Photobucket
Watermelon jus

Photobucket
Teh tarik, minuman kegemaran Kak G .

Photobucket
Tom Yam campur, sedap dan isi pun banyak
Menu lain yang tak sempat dirakamkan- Ikan masak 3rasa, telor goreng, daging masak merah dan kangkung masak belacan. *THB 1500

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Suan Lum Night Market, Rama IV Rd.Letih juga hendak habiskan seluruh kawasan tapi perempuan sudah rambang mata mengatasi perasaan penat.
Naik taxi dr hotel dlm THB 380, meter taxi bermula dari THB350.Kalau jalan kaki dr Hotel lebih kurang 15 ke 20 minit.Berhampiran dgn station BTS (Sala Daeng).

Photobucket
Chao Phraya River- 370km *or 1,110km if the Nan, its main tributary , is included.
Sathorn Pier(Central Pie) Somdet Phra Chao Taksin Bridge.Station BTS (Saphan Taksi) paling hampir, cuma turun tangga station dan berjalan kaki dalam 5minit sudah sampai ke Sathorn Pier.HB daripd hotel menggunakan taxi, lebih kurang THB 650,Macam biasa disini pun ada ulat2 yang menawarkan perkhidmatan bot dan pelbagai destinasi utk dilawati.Ada 16 Pier termasuk Central Pier sepanjang sungai ini.Setelah tawar-menawar dapatlah harga untuk seorang THB 250, katanya sbb gunakan bot persendirian aka hanya rombongan kita sahaja.Ada juga bot yang besar tapi sesak dengan penumpang ( HB lupa nak tanya tambang utk bot ini) oleh kerana ahli rombongan tidak mahu maka bot persendirian jadi pilihan.Maka perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam dari Sathorn Pier ke Tha Chang Pier yakni Pier ke 9.Untuk makluman terdapat 2 tali air dan kena berhenti bila sampai waktu, setiap tali air akan mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit.Sepanjang sungai ini juga ada penempatan, sedia maklum bagi yang tak tahan dengan bau air yang kadang kala meloyakan maka sediakan apa yang perlu.Bagi pendapat HB kalau setakat hendak ke Grand Palace tidak semestinya hanya menggunakan sungai ini, taxi pun boleh dan ianya lebih selesa serta lebih berbaloi dari semua aspek.Sepanjang perjalanan banyak wat-wat yang tersergam indah dgn seni bina yang halus, ada juga Taman Buaya tapi tak singgah pun.Apa apa pun yang paling penting pengalaman merentasi sungai Chao Phraya telah berjaya direalisasikan.

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Balai Bomba dan Penyelamat.Walaupun penempatan disepanjang sungai, perkhidmatan ini masih diperlukan.

Photobucket
Ikan ini mmg setempat sahaja, macam sudah terlatih.Bagi makan roti yang dijual.Memang banyak dan besar-besar ikan dlm sungai ini.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Tali air yang HB maksudkan, kena tunggu sampai pintu tali air dibuka.

Photobucket

Photobucket
Ramai pelancong daripd Barat, rasanya hanya bot HB yang mewakili Malaysia ketika itu.

Photobucket
Keadaan enjin bot yang dimatikan, masa ini semua bot bersusun rapat sambil menunggu pintu tali air dibuka.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Wat Arun(Temple of Dawn) is attractive in its striking prangs ( a kind of pagoda) which are decorated with millions of pieces of Chinese porcelain.Its central prang, at a height of a 20 storey building, is the tallest prang of Thailand where a good view of the nearby surroundings can be obtained.

Photobucket
Sekitar Amulet Market yang cuma berskala kecil sahaja akan terus bersambung dgn jeti terakhir- Tha Chang Pier, sebaik sahaja naik ke darat akan jumpa market ini yang banyak menjual makanan.Kelihatan juga potret gergasi mendiang kakak King Bhumibol yang ada di merata-rata Bangkok utk rakyat memberikan penghormatan terakhir.







Sunday 30 November 2008

Reason Why Never Visit A 5 Star Hotel


Waiter : "What would you like to have ..Fruit juice, Soda, Tea, Chocolate, Milo, or Coffee?"

Customer: "tea please"

Waiter : " Ceylon tea, Herbal tea, Bush tea, Honey bush tea, Ice tea or green tea ?"

Customer : "Ceylon tea "

Waiter : "How would you like it ? black or white ?"

Customer: "white"

Waiter: "Milk, Whitener, or Condensed milk ?"

Customer: "With milk "

Waiter: "Goat milk, Camel milk or cow milk"

Customer: "With cow milk please.

Waiter: " Milk from Freeze land cow or Afrikaner cow?"

Customer: " Um, I'll take it black. "

Waiter: " Would you like it with sweetener, sugar or honey?"

Customer: "With sugar"

Waiter: " Beet sugar or cane sugar ?"

Customer: "Cane sugar "

Waiter quot; White , brown or yellow sugar ?"

Customer: "Forget about tea just give me a glass of water instead."

Waiter: "Mineral water or still water ? "

Customer: "Mineral water"

Waiter: "Flavored or non-flavored ?"

Customer: "I'll rather die of thirst


*Ini baru minuman, belum lagi makanan..hehe

Monday 24 November 2008

Senarai Makanan & Hikmahnya dalam Islam

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

'Endive' (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba'.

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga'. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.'

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.


Sumber dari - http://isuhangat.blogspot.com

Thursday 6 November 2008

Filem James Bond : Quantum Of Solace


Betrayed by Vesper, the woman he loved, 007 fights the urge to make his latest mission personal. Pursuing his determination to uncover the truth, Bond and M interrogate Mr. White who reveals the organization which blackmailed Vesper is far more complex and dangerous than anyone had imagined.

Forensic intelligence links an Mi6 traitor to a bank account in Haiti where a case of mistaken identity introduces Bond to the beautiful but feisty Camille, a woman who has her own vendetta. Camille leads Bond straight to Dominic Greene, a ruthless business man and major force within the mysterious organization.

HB pi panggung wayang lagi jam 11.45pagi untuk menonton filem 007 di TGV One Utama.Jalan cerita dan lokasi yang menarik, penuh dengan aksi yang mantap dan ada Olga Kurylenko :) . Cuma tiada kenderaan dan senjata yang canggih lagi moden digunakan kali ini.Banyak gunakan pergerakkan tenaga manusia sahaja.Apa-apa pun 007 best :)

Filem BURN


When Mona's mother died from a mysterious sudden fire that started from her own body, she became very close to a nurse named Ploy, whose mother died tragically from the same reason. The two women together with the aid from a news reporter, they began embarking a journey to find out the truth surrounding their mother's death.

12.20 tengahari semalam HB menonton filem Burn di GSC MidValley, macam biasa sebelum masuk panggung HB beli large ice lemon tea :)
Bagi HB filem Thailand ini agak santai, bukan kisah hantu taw .Nasib la heroin filem nie Mona ( Bongkoj Khongmalai ) bila pandang tak jemu-jemu.Mona nie bersungguh-sungguh mencari punca sebenar kematian emak dia akibat kebakaran misteri.Selanjutnya sila ke panggung wayang berhampiran anda:)

Tuesday 4 November 2008

Filem BANGKOK DANGEROUS


In this remake, Nicholas Cage plays a cold-blooded hitman who travels to Thailand to finish off four missions. Eventually, he ends up falling in love with a local woman (Charlie Young) and regain trusts through his friendship with his errand boy.

Isnin lepas jam 12.15 tengahari - GCS MidValley untuk menonton filem ini, menceritakan kisah pembunuh upahan yang tangkas dan cuma membuat 4 tugas sahaja disatu- satu tempat.Untuk selanjutnya silalah ke panggung wayang berhampiran anda :)
Lepas selesai filem ini, HB ke Res. Chef & Brew di Bukit Damansara untuk menikmati Black Pepper Lamb Shank with Mashed Potatoes, Corn.

Diari HB

27/10- Jam 7.30 pagi dari KL menuju ke tol Sungai Besi dan seterusnya ke selatan, lebih kurang 11.45 da sampai kat JB.Tujuan utama ke sini atas jemputan rumah terbuka sempena Deepavali keluarga angkat HB.Macam biasa setiap kali kehadiran kami akan disambut dengan penuh meriah seumpama darah daging mereka juga.Uncle Tamil Chelvam dengan arwah papa memang da kenal lama dan hubungan arkab itu diteruskan sehingga kini walaupun sudah 5 tahun arwah kembali ke ramatullah.Dia juga hadir pada hari arwah meninggal dari JB semata-mata untuk melihatnya kali terakhir. Hubungan ini walaupun berlainan bangsa dan agama tapi dia cukup menghormati agama lain, maka tak hairanlah masa rumah terbuka beliau sungguh ramai yang hadir dari berbilang bangsa dan budaya.Mereka sekeluarga sangat fasih berbahasa melayu, tahu tentang adat melayu dan pandai menjaga hati orang lain. Jam 4.30 petang HB mengundurkan diri, dia pesan lain kali mai JB kena tido kat rumah dia.....macam selalu :) . Perjalanan melalui PLUS lancar sehinggalah sampai kat Pedas da mula perlahan, dari jauh da kelihatan lampu brek berkelip kelip bagaikan pesta sampai la ke Nilai jauhnya.Melepasi tol Sungai Besi lebih kurang 8.30 malam, p ampang p gombak dan destinasi akhir ttdi. ( da tak tgk jam sbb da penat giler, dok ingatkan katil jek)

28/10- 5.00 pagi da sampai kat Bangunan Wisma Central bersebelahan Restoran Pelita di Jalan Ampang, kena bawak segala barang naik kat rooftop.Bangunan nie da lama maka lif barang pun ada satu saja, kalau laju takpe........azab sungguh kalau mai keje kat sini.Nasib la sarapan je kat sini, lunch dengan minum petang kena p Studio Finas Hulu Klang sebelah Zoo Negara.

29/10-11.00 pagi tapi depa nak makan lunch kat Studio rakaman di SS 6 PJ, minum petang pun kat sini gak. Makan malam depa nak kat tempat letak kereta di Jalan Imbi sebab depa nak p smart tunnel, kira macam base la kat sini.

30/10-11.00 pagi kat Perbadanan Putrajaya, kali nie ok sebab kena angkut gak tapi lif laju dan suasana lokasi selesa.Makan tengahari, minum petang dan makan malam kat sini dlm keadaan berhawa dingin...3 hari nie buat penggambaran iklan Rexona untuk Negara Asean kiranya macam big job la sebab depa gunakan top model dan prop yang banyak.

31/10-5.00pagi depa nak sarapan kat SS 9 Shah Alam, rumah banglo kosong memang lokasi yang depa idamkan untuk penggambaran iklan HSBC , sini sampai makan tengahari.Pindah pulak kat SS 13 Shah Alam untuk minum petang dengan makan malam.Lokasi nie ada penghuni, besar gak banglo nie siap dgn kolam renang.Untuk pengetahuan semua berhampiran Stadium Shah Alam la nie da ada tempat untuk sukan lasak, yang paling penting kat sini ada Burger King :)

2/11-4.30pagi depa da nak makan di tempat letak kereta berhampiran hanger Subang, makan tengahari pindah kat tempat letak pesawat sampai la minum petang......masih untuk iklan HSBC.Dari pengarah sampailah ke agensi semua mai dari Dubai nun, tapi tak semua Islam kot sbb ada tatu.Depa nie kalau makan salad mesti nak kena ada minyak zaitun- depa pun panggil zaitun gak . Kat hanger nie pun HB ada snap pic bersama pesawat peribadi......, nantilah HB upload ek :)



Monday 20 October 2008

Majlis Hari Raya Bersama BaitulKasih.

Photobucket

HB bersama Wakil BaitulKasih- Puan Faridah Hanim.

Photobucket

Hamper untuk pertandingan melukis.

Photobucket

HB bersama Dayang

Photobucket

Keluarga Aspalela_lah, Keluarga S^L, HB dan Adam

Photobucket

Aspalela_lah , Agent dan S^L.

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Bagai satu keluarga yang bahagia.

Photobucket

Makanan disediakan oleh ZZ Katering dari Ulu Klang.
Nasi Beryani, Ayam masak merah, Daging masak hitam, Arca, Dalca,Perpadom, Buah dan Air.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Bersebelahan hamper terdapat 5 beg kertas berisi Lolipop dan Landyard IG yang direka oleh R.A.T (Recyecle Art Team) kelolaan Agent_Sesat. Ini adalah untuk peraduan kuiz yang ditaja oleh Agent_Sesat .

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pertandingan melukis yang bertemakan "Berhari Raya di Angkasa Lepas" .Terdapat 5 kumpulan yang setiapnya ada 9 ahli kumpulan, pengagihan kertas mahjong oleh Adam dan carryon oleh Agent_Sesat telah menandakan pertandinagn bermula.Dengan adanya kombinasi ibu dan anak maka acara ini lebih bermakna, ini adalah idea daripada Sarip Dol dan telah direalisasikan dengan berjaya oleh Agent_Sesat.Terima kasih Agent_Sesat sebab tolong HB belikan peralatan dan menjayakan setiap aturcara majlis.Juga Terima Kasih juga kepada Adam yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

5 lukisan yang berjaya dihasilkan dari Baitulkasih, sebenarnya mereka ada bakat yang perlu digilap.Idea diberikan dan kerjasama di pupuk boleh dilihat setiap masa pertandingan, jika mereka diberikan peluang dan bantuan maka kita akan dapat hasilnya yang sangat positif.

No 5

no 4

Photobucket

Photobucket

no 3

Acara seterusnya adalah pemberian Duit Raya dan Lolipop oleh IGans yang diwakilkan kepada Agent_Sesat dan S^L. Alhamdulliah, kesemua 45 anak yatim dapat pemberian tersebut.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket


Alhamdulliah, majlis ini berlangsung dengan suasana meriah dan cuaca yang cerah.Sebelum ke Rawang HB ke KL Sentral untuk mengambil Adam dan Agent_Sesat dan seterusnya ke lokasi, sampai sahaja di Rawang semuanya telah tersedia mengikut rencana dan kedengaran lagu Raya sedang berkumandang.Terima kasih kepada Encik Zaini yakni pihak catering yang banyak bertolak ansur dan menyediakan hidangan yang enak dan PA system mengikut masa ditetapkan.Semua aturcara berjalan seperti dirancangkan tetapi acara permainan belon sahaja yang terlupa hendak direalisasikan kerana kami terlalu asyik melihat mereka melukis dan mewarna.Namum begitu pihak kami telah pun menyerahkan belon beserta pam angin tersebut kepada wakil BaitulKasih untuk mereka gunakan di waktu lapang kelak.Majlis lebih bermakna apabila S^L sekeluarga dan Aspalela_lah sekeluarga hadir ke majlis walaupun jauh.

Alhamdulillah, ada juga wakil komuniti IG yang hadir walaupun lokasi bukan ditempat yang begitu gah dan dihadiri oleh golongan bangsawan. Sesungguhnya matlamat majlis seperti ini adalah untuk meraikan anak-anak yatim dan membuatkan mereka tersenyum keriangan.Dengan kehadiran komuniti IG yang sangat sedikit, majlis tetap berlangsung dengan meriah walaupun ada juga dikalangan pihak BaitulKasih merasai kekurangan dari segi kedatangan komuniti IG tetapi kami hanya mampu membalas dengan senyuman.HB harapkan supaya ada lagi aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk Baitulkasih selepas ini, tidak hanya aktiviti bermusim sahaja.

HB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran IG yang memberikan kepercayaan kepada HB untuk menjayakan majlis ini.
Sekalung penghargaan juga buat penyumbang-penyumbang Tabung BaitulKasih yang baik hati dan kepada penaja-penaja yang bermurah hati untuk hadiah pertandingan , duit Raya, lolipop, kek pisang dan kek coklat. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya. AMIN.

HB juga ingin merakamkan penghargaan buat Agent_Sesat dan Adam yang banyak membantu HB bagi menjayakan majlis ini.Sesungguhnya jasa kalian tidak dapat HB balas.Terima kasih juga Pandapenyek yang memberikan idea tentang lolipop, komuniti IG dan Geng Puaka yang banyak memberikan semangat positif bagi merealisasikan majlis ini dengan cemerlang.