Wednesday 25 February 2009

Panggung Wayang 4

Time: 24.02.2009   Vanue: GSC One Utama  Time: 6.30PM  Movie: Valkyrie

* Tentang satu pakatan dalam tentera Nazi untuk membunuh dan sekaligus menghapuskan pengaruh Hilter namum gagal walaupun sudah ada beberapa percubaan yang dilakukan sebelum ini dan akhirnya Hilter membunuh diri.

Time: 24.02.2009  Vanue: GSC One Utama  Time: 9.05PM  Movie: Eden Lake

*Pasangan kekasih yang ingin menghabiskan cuti hujung minggu di Eden Lake berakhir dengan tragedi.Salah faham dan ketidakpuashatian yang timbul antara mereka dan sekumpulan remaja liar berlarutan sehingga mengakibatkan kematian yang kejam.

Time: 25.02.2009  Vanue: GSC One Utama Time: 12.10AM  Movie: Pink Panther 2

*Sekumpulan penyiasat antarabangsa berpegalaman yang diketuai oleh Ins. Clouseau dari Perancis ditugaskan bagi mencari artifak2 yang tidak ternilai harganya daripada seluruh negara yang hilang termasuklah Diamond Pink Panther dan sekaligus mencari dalang utama.

Time: 04.03.2009  Vanue: GSC One Utama  Time: 9.40PM  Movie: Ong Bak 2

* Melihat secara jelas bagaimana keluarganya yang merupakan pegawai kerajaan dibunuh kejam oleh pembelot rampasan kuasa, setiap kali imaginasi itu akan menjelang dikotak fikiran dan menggangu emosi.Dipelihara oleh ketua perompak dan dibesarkan di penempatan tersebut serta menjalani ilmu kependekaran sehingga mencapai tahap yang tertinggi.Setelah yakin tentang kepantasan dan kelincahan ilmu yang dipelajari maka hajat untuk mencari pembunuh keluarganya diteruskan tanpa mengetahui bapa angkatnya telah pun bersepakat dengan pihak yang dicari dan penjaga angkat itulah pembunuh sebenar keluarganya.

Time: 10.03.2009  Vanue: TGV One Utama   Time: 9.00PM  Movie: Dragonball Evolution

*Di adaptasikan dari ilham Akira Toriyama, Goku adalah peneraju utama yang merupakan pahlawan yang mempunyai kuasa melalui objek mistik bagi menyelamatkan dunia. 

Time: 16.03.2009  Vanue: Cathay Cineplex MD  Time: 9.30PM  Movie: The International

* Seorang agen Interpol dan dibantu Manhattan Assistant District dalam mencari keadilan dan bukti kukuh salah satu bank yang paling berkuasa di dunia yang didapati menjalani  kegiatan menggubal wang haram dari Berlin ke Milan ke New York dan ke Istanbul.Menjadikan kehidupan mereka di dalam risiko yang tinggi ketika menyiasat kes ini yang hanya kematian sahaja menjadi pilihan tunggal bagi menghentian pembiayaan keganasan dan perang.Tiada jalan lain untuk mendakwa mereka selain dibunuh.