Thursday, 17 July 2008

Riadah

Photobucket
Dengan semangat kesukanan yang berkobar-kobar maka HB telahpun membeli sepasang kasut jenama Rebook di Parkson OU.Semangat ini dicetuskan apabila berlaku perubahan paradigma dalam diri HB, terdapat fokus serampang dua mata di dalam semangat ini iaitu menyihatkan sistem dalaman dan luaran tubuh dan menggunakan masa lapang di kawasan riadah yang telah disediakan.
Di sini terdapat 3 lokasi riadah yang berlainan gaya konsep dan cabaran.
Maka untuk kesihatan diri sendiri marilah kita amalkan gaya hidup yang menyihatkan.

6 comments:

Zue said...

waaaahhhh..bau kedai la balangg... hang pakai saiz bape? 10 ek?..huhuhuhu...hang elok la tuh... jaga kesihatan..amalkan cara hidup sehat...rakyat makmur..malaysia sejahtera..ahakssss..

HuluBalang said...

Haha,tak sampai 2 minggu lagi kot :)
HB rasa itulah satu satunya kasut sukan yang pernah HB beli sepanjang hidup.Memang dari sekolah HB tak gemar sangat bersukan lagi-lagi program merentas desa.Kini HB cuba untuk menjalani gaya hidup yang menyihatkan.Seronok jugak berjalan kaki nie, sambil hirup oksigen yang menyegarkan.

*Saiz kasut itu 12, bukan maksud saiz kaki HB besar cuma saiz kasut itu yang sesuai utk HB :)

jliter said...

ERRMMM...adakah mungkin kasot ini bakal merobah kedudukan tulang belulang daging maging perwira sasa ku iney... ekekekeke..jgn maraaa ya balang... bagosss semoga balang tros sehat walafiat

HuluBalang said...

Kasut ini cuma sebagai pencetus semangat sahaja.....bakal mencorak zarah zarah lelemak yang tidak lagi berguna oleh sistem tubuh.Semoga daging dan tulang HB kembali seperti 10 tahun lepas...haha.
Yang paling penting sihat tak kira apa jenis struktur serta jisim tubuh badan.

*Terima kasih kak Jilter atas doa mu itu, HB pun harapkan kesihatan yang cemerlang buat kak Jilter :)

kaklia said...

cewahhh...bersemangat abang balang....bagus2....semoga semangat itu berterusan...jgn hangat2 taik kambing...hehehe...

HuluBalang said...

Harap bukan hangat-hangat air panas kat Hulu Langat itu...hehe, semoga semangat ini akan berterusan hendaknya.