Tuesday 10 June 2008

Jalan

Photobucket

Setelah sekian kalinya kita mencari jalan yang di kehendaki,
Kita teruja dan memikirkan pelbagai cara untuk mengharunginya,
Hinggakan kita meminta pandangan serta cadangan dari pihak lain,
Maka bermula segala percanggahan, pergeseran dan pelbagai rumusan,
Yang selama ini mereka tidak pernah cuba membantu kita mencari jalan tersebut dengan seikhlas hati mahupun semangat yang berterusan.
Mereka ini selalu memberikan seribu satu kerumitan dan kepayahan bagi setiap jalan yang kita temui.
Menghancurkan harapan dan cita-cita yang menggunung tinggi.
Masa semakin meninggalkan kita, Lihat sekeliling apa bantuan yang diberikan oleh mereka- adakah cukup memadai?
Mereka memang berilmu tapi cara mereka untuk kita harungi jalan itu adalah salah sama sekali kerana bukan rangkuman bidangnya.
Yang akhirnya kita tak akan ke mana mana sudahnya.
Walhal sepatutnya kita cuba dengan cara tersendiri melalui pengalaman dan rumusan pihak yang berkenaan yang lebih bijaksana menguruskan jalan yang kita harus ditempuhi itu.
Yakinlah pada diri sendiri dan kemampunan yang dimiliki.
Jika ada jalan yang lurus mengapa perlu kita memilih jalan yang berliku - liku....:)



5 comments:

pandapenyek said...

hehehe..i xpaham sgt la prof IG punya entry..hahaha..just kidding..lurusnya jalan tu..xde bengkak bengkok langsung :D

HuluBalang said...

Perkara yg sering kali terjadi.
Yup, kalau ada yg lurus mengapa harus kita plih yang sebaliknya.

Cik_Iza said...
This comment has been removed by the author.
HuluBalang said...
This comment has been removed by the author.
HuluBalang said...

Terima Kasih Puteri Hati.
Sebenarnya dalam dunia ini mmg perlu kita hadapi segala dugaan dan cabaran bagi memberikan pengalaman untuk meneruskan kehidupan.Lagipun kita tidak boleh menilai sesuatu dari dasarnya sahaja.Luaran tidak mungkin sama dengan isi didalam dan sebaliknya.Tetapi sebelum jalan yang lurus dapat kita tempuhi pasti telah banyak perkara yg telah berlaku sama ada dugaan mahupun cabaran yg mungkin tidak sama dilalui oleh setiap manusia.Setiap masa pasti kita akan mengutip pengalaman dari kehidupan yg penuh dgn suka duka.Kdg kdg apa yg kita terjemahkan tidak sampai maksudnya pd fikiran org lain.Sesungguhnya sebelum jln yg lurus pasti ada jln yg berliku, maka jika ada peluang nikmatinya dgn sebaik baiknya kerana tiada jalan yg lurus selama -lamanya dalam hidup ini.