Monday 9 June 2008

Terima Kasih



Ucapan ini ingin dikurniakan kepada semua insan yang mengenali diri HB sama ada di sini mahupun di luar sana.Kerana bantuan , tunjuk ajar dan panduan kalian dapatlah HB melayari internet dengan penuh bermakna dan mengisi masa lapang selama ini.Banyak perkara yang HB perolehi melaluinya selain maklumat, dapat juga mengenali ramai insan yang terdiri dari setiap peringkat umur, status, perangai, rupa, ragam, citarasa, hobi dan dari mana ianya berada.Walaupun kadang-kadang kita akan terdedah dengan maklumat yang tidak benar atau meragukan daripada mereka, Itu adalah asam garam yang akan memberikan kita lebih pengalaman dan sikap berhati hati. Tidak semua rakan atau kenalan yang akan memberikan keikhlasan yang sebenar kepada kita, perkara ini terjadi kerana mereka menjalinkan hubungan untuk mendapatkan sesuatu ataupun sekadar suka suka.Tetapi ada juga insan yang sungguh baik hati, tolong menolong, mempunyai sifat kasih sayang antara manusia, penuh keikhlasan dan bertanggungjawab menjaga talian persahatan hingga ke ahkir hayat.Tidak dinafikan akan ada asalnya kenalan yang kemudiannya menjadi renggang kerana salah faham dan ketidaksamaan pendapat mahupun cara berfikir, Ini semua menyumbang bagi membentuk realiti sebuah kehidupan dimana kita harus fokus apa yang sebenarnya yang kita inginkan disini.Kadang-kadang untuk menyatakan kebenaran adalah satu bebanan walaupun harus diungkapkan bagi merungkai permasalahan perasaan dan perbuatan.Kadang kadang apa yang kita fikirkan, luahkan pendapat, jalinkan hubungan dan berkata kata di sini mempunyai sudut yang berbeza pada pandangan orang lain. Tak semua impian atau harapan kita menjadi kenyataan mengikut acuan sendiri, Hidup penuh dengan liku likunya yang perlu kita tempuhi dengan semangat yang kental.Jangan sesekali menaruh harapan yang tak pasti kunjung tiba kerana ianya bakal mengundang sengsara kemudian hari.Ceriakan minda dari segala kekusutan kerana setiap detik kita pasti akan berhadapan dengan masalah yang baru.Rumusannya disini, Terima Kasih tak terhingga kepada semua kenalan kerana memberikan HB pengalaman suka duka kehidupan yang cukup bermakna sepanjang melayari internet :)


4 comments:

Hati said...

Mcm2 kenal org kat internet ni, ada baik, ada pura-pura. Hak masing2kan. So for me, i make a limit between reality and internet. Kadang2 mmg rasa bersalah, tp apa kan daya. Enjoy ur life HB.

HuluBalang said...

Yup, kita mempunyai hak yang tidak boleh di sanggah mana mana pihak.Maka pandai pandailah mengharunginya asalkan wujudnya kejujuran.

Hati said...

Hehe, apa pon HB, seronok dpt kenalan dgn HB disini. Kalu satu masa nanti kita bisa ketemu, kan bagus. Hehe... tanpa dirancang

HuluBalang said...

HB pun, seronok dapat berkawan :)
InsyaAllah, apa jua niat yang baik pasti akan di makbulkan oleh Nya cuma cepat atau lewat sahaja jadi ukuran.