Sunday 31 May 2009

Krabi - Ao Nang Beach.

Ao Nang Beach Resort, mungkin tingkat atas bilik jenis deluxe.Banyak restoran Italy, France dan Sweeden di sepanjang jalan ini.


Trip Hong Islands bersama Krabi Kingdom Travel & Tour dengan bayaran RM 70.00 menggunakan Longtail Boat. Tempat pertama singgah adalah Lading Island [ gambar diatas ], tempat kedua singgah Rai Island [ apabila air laut surut maka akan kelihatan sebaris pasir tersembunyi yg menghubungan antara 2 pulau kecil atau lebih dikenali sebagai golden sandy beach ], tempat ketiga Hong' Lagoon [ sangat cantik, bagus utk aktiviti berkayak ] dan tempat terakhir Hong Beach [ kawasan snork**ing lebih luas & lunch break ]

Setiap petang lepak di tepi pantai untuk melihat suasana ini.




HB berjalan kaki hingga ke Masjid Ban Ao Nang yang masih belum siap sepenuhnya kerana kekurangan dana.


Gerai berwarna merah itu pada waktu malam menjual Thai pancake yang berharga RM 2.00 utk pancake pisang + madu.






Palace Ao nang Resort terletak di garisan menegak berhadapan dengan deretan bangunan yang ada Mc'Donald, singgah untuk melayari internet.


Phra Nang Inn terletak antara bucu garisan menegak dan melintang Ao Nang. Bagi HB garisan yang menegak daripada arah Masjid, Mc'Donald & Coffee Bean dan yang melintang yakni mengadap ke arah laut.

Berjalan kaki ke pantai yg mengambil masa dalam 3 minit sahaja dari Ao nang Beach Resort, tersedia kerusi utk bersantai minda sambil menghirup angin damai dari Laut Andaman.




903 - Bilik penginapan HB di Ao Nang Beach Resort dengan kadar RM 90.oo + sarapan , keluasan bilik ini memang sangat luas untuk HB seorang. Tempat menjamu selera [hanya utk sarapan sahaja] berdekatan dengan kolam renang dan bilik ini tidak mengadap ke arah laut, mungkin ditingkat atas.


  • Selepas ambil bagasi , kaunter tiket bas terletak disebelah kanan sebelum pintu keluar airport.Bayar TB 150 dan dapatkan tiket serta jadual perjalanan bas, keluar daripada pintu airport sila lihat sebelah kanan dan akan kelihatan bas berwarna putih sedia menunggu di hujung sebelah kanan lapangan tempat letak kereta. Kemudian semasa serah tiket untuk pemeriksaan, pembantu pemandu akan tanya penumpang nama Hotel untuk menurunkan penumpang di lokasi yang dimaklumkan.Daripada Krabi Airport bas ini akan berhenti di Krabi Town dan terus ke Ao Nang, bas ini akan berhenti : McDonald, Pranang in Curve, Krabi Resort dan Noppharat Thara Beach.Kalau menggunakan perkhidmatan teksi bayaran akan dikenakan antara TB 500 hingga TB 600.
  • Terdapat banyak perkhidmatan Islands Tour di sepanjang jalan, kena rajin bertanya serta bandingkan harga dan pakej yang ditawarkan. Antara Islands Tours yang patut dijelajah seperti Phi Phi Island [ Bamboo Island, Monkey Bay, Tonsai Bay dan Maya Bay ], 4 Island [ Tup Island, Chicken Island, Poda Island dan Pranang Cave Beach ] dan Hong Island [ Lading Island, Rai Island, Hong'Lagoon dan Hong Beach ]. Terdapat juga tour Jungle Hot Stream + Elephant trekking [Hot Spring Waterfall, Emerald Pool and Tiger cave temple ]
  • Tentang makanan halal juga tiada masalah, di sekitar kawasan Masjid terdapat gerai Muslim . Sebelum Ao Nang Sunset Hotel - [ Banlay Thai Kitchen Res. ] Sebelum Krabi Resort terdapat deretan gerai makanan Muslim dan antara Phra Nang Inn dengan McDoland juga terdapat satu kedai makanan Muslim.
  • Kesimpulannya HB rasa seronok tapi lagi seronok kalau turut serta dalam aktiviti snork***ng, tukar-tukar hotel atau bilik cara backpack, patutnya sewa motosikal utk jelajah Ao nang hingga Krabi Town dan kamera yang tak rosak bila hendak digunakan.

7 comments:

kaklia said...

tak pe lah balang, gambar2 nih pun dah ckp bagus untuk tatapan kwn2 semua. cantik2 lah kan beach dia. lenkali balang pegi akak nak ikut boleh tak...ada berani bawak ini org tua???? wakakaka....eh balang, apa yg menegak, melintang tu...den konpius lah....hehehe...

ZUE'z said...

Wahh.. hb... cantek ar view pantai... kalu jejalan ngan partner sambil peluk2 romantik gitiew..ahakz... rajin hang ke sana... bila lak hang nak p main salji lak?

pandapenyek said...

ingtkan ko pegi bercuti..ekekeke

CelloTape said...

Wow! suka tengok the sunset...

Salam perkenalan...ecehhhh...memalu pula aku...

hahahahaha

Unknown said...

memang best'' banyak gambar yang menyejukkan mata yer..

HuluBalang said...

Kak Lia - Mmg cantik Krabi nie,banyak yg HB tak singgah lagi. Org tua?? Siapa bilang Kak Lia tua? Kan muda belia lagi....hehe, boleh boleh...lain kali HB ajak ek :)
Ala, maksud HB jalanraya la...jalan di Ao nang :)

Zue - HB p solo, so peluk diri sendiri saja :) Rajin? kan baru pertama kali....Salji? Mmg ada niat nak mengembara ke Negara beriklim salji, InsyaAllah, bila bersedia kelak.

Pai - Mmg la dear, mmg HB yang p bercuti di Krabi :)

CT - HB pun suka tengok sunset, mmg setiap hari HB akan lepak kat tepi pantai utk menikmati saat saat yg indah kala sunset. Terima Kasih sbb sudi singgah CT- Salam perkenalan juga.

FL - TQ sbb add dan singgah blog HB.Itu pun sbb kamera rosak, kalau tidak harus banyak lagi gambar nak di snapkan :)

pandapenyek said...

baru update ke pic? bergaya sungguh en.HB kita ni..ekeke

nnt aku nk bercuti2 juga ke sana..kene ty prof HB ni ;)