Tuesday 9 September 2008

Sumbangan Tabung Anak-anak Yatim BaitulKasih



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, satu tabung sumbangan untuk Rumah Anak-anak Yatim BaitulKasih, Sungai Buluh yang merupakan anak angkat Komuniti IG diadakan.Sebagai sebuah portal dan ahli-ahlinya yang prihatin kepada mereka yang kurang bernasib baik, tabung sumbangan hari raya BaitulKasih ini ditubuhkan untuk mengutip sumbangan berbentuk wang ringgit atau barangan untuk diberikan kepada Rumah Anak-anak Yatim BaitulKasih di Apartment Dahlia, Blok Anggerik, Bandar Country Home, Rawang


Semua kutipan ini akan digunakan untuk menganjurkan Majlis Hari Raya bersama Anak-anak Yatim BaitulKasih yang akan dikelolakan oleh Saudara Hulubalang.Majlis ini akan berlangsung pada 18 oktober bersamaan hari sabtu bertempat dikediaman BaitulKasih.InsyaAllah.

Dan wang kutipan selebihnya yang berjaya dikutip nanti akan disalurkan terus kepada rumah anak yatim tersebut.

Cara-cara untuk membuat sumbangan boleh dirujuk di topik khas yang dibuka di board SEMBANG RAYA INFOGOSSIP.COM.


Sekian, selamat berpuasa.

Admin infoGossip.com


3 comments:

ZUE'z said...

baguihhh hang ni... :) Besar pahala bersedekah n meraikan anak2 yatim..

HuluBalang said...

HB cuma menjalankan tanggungjawab, Kita perlu beri perhatian kepada mereka yang serba kekurangan.Kepada yang berkemampuan,Berilah apa jua sumbangan kepada mereka yang amat memerlukan.Semoga kita dirahmati oleh Nya :)

ZUE'z said...

Amin... kalau owg yg bersedekah..bukan mengurangkan rezeki kita, malah, rezeki mereka akan bertambah.. samaada sedar atau tidak sahaja..