Thursday 25 September 2008

Selamat Hari Lebaran AidilFitri.

Photobucket

Photobucket

Di kesempatan ini, HB dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf diatas segala salah dan silap HB dari segi tulisan, tutur kata mahupun perbuatan kepada semua yang mengenali HB secara langsung mahupun sebaliknya dan kepada geng puaka khasnya.


Andai tangan tidak dapat berjabat
Hanya kata kemaafan dipohon
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Dalam rendah diri Ada tinggi budi
Dalam miskin harta Ada kaya jiwa
Dalam lembut lidah Ada terlanjur kata
Dalam gurau senda Ada khilaf dan dosa

Sempena Hari mulia ini, izinkan kedua tangan bersimpuh maaf,
Sekiranya ada salah untuk lisan yang tak terjaga,
Janji yang terabai dan hati yang berprasangka,
Dan semua sikap yang pernah menyakitkan.

Jika langkah membekas lara
Jika kata merangkai dusta
Jika tingkah menoreh luka
Jika suara menikam rasa
Ampun dan maaf ikhlas kupinta

Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah
Jika hari ini menyakitkan, harap lupakanlah
Jika kesilapan mendatang, janganlah dibawa ke akhirat

Walau tangan tak mampu berjabat
Izinkan diri memohon ampun dan maaf
Pada kata yang menyakitkan, janji yang terabai
Pada sikap yang tak ketahuan dan segala kekhilafan.

Mata kadang tersalah pandang
Telinga kadang tersalah dengar
Mulut kadang tersalah ucap
Hati kadang tersalah duga
Minda kadang tersalah andai
Tangan kuhulur di Hari Mulia

Di Aidilfitri mulia, maaf dipinta andainya
Terkasar bahasa, Tersilap bicara
Termarah yang tak kena, Tertanya tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja, Terpukul kat mana-mana
Terpekik di telinga, Terhantuk di kepala
Terpinjam harta benda, Termoody tak semena-mena
Terumpat bila-bila, Terusik yang sengaja
Dan macam-macam lagi yang ada

Pejam celik Pejam celik , Sudah lama tak jumpa
Pejam celik sudah 30 hari berpuasa
Makin dipejam celik , Makin banyak salah dan dosa
Sementara celik , Banyak-banyaklah buat pahala
Sebelum pejam tak celik, Harap maaf jika tersalah kata

Melawak tak selalu tapi mesra
Kasih tak dalam tapi kekal
Senyuman tak manis tapi ikhlas
Hati tak cinta tapi rindu
Masej tak kerap tapi ingat
Salam AidilFitri.

A year has pass us by, same mistakes might accured
This heart ask for your forgiveness hoping just a white soul remain
Wish you a Happy IdulFitri.



*Kak Alia, Kak Jilter,NTY,Anaz,Panda,Kak Amoi,KK,Ernizam,Syd,Liza,Amir Bdg,Iza- Terima Kasih diatas kiriman sms :)



4 comments:

Anonymous said...

Balang..selamat menyambut syawal gak.. hampun kan salah n silap saya ye.... :) apapun kite tetap kawan untuk selamanya.... byeee..
-zue'z-

kaklia said...

i pun cam tu gak....kawan forever and ever....heeee....

HuluBalang said...

Terima Kasih Pai :)
HB pun macam itu juga.
Semoga selamat sampai ke destinasi, berhati-hati bila pulang ke kampung .

HuluBalang said...

HB pun macam itu juga Kak Alia :)
Maafkan HB jika ada yang terlajak kata.

*Makan itu ingat ingat sikit :)