Perjalanan dari Kota Bangkok ke Damnoen Saduak Floating Market mengambil masa lebih kurang 2jam, seawal 5.30 pagi sudah bergerak dari Hotel dgn menggunakan 2 buah teksi yg mengenakan bayaran sebanyak RM 300 :) , bila fikir-fikir balik banyak duit yang digunakan dgn sia-sia padahal dgn harga tersebut kita boleh dapatkan lebih daripada itu.Di Kota Bangkok sendiri pun ada Floating Market seperti Taling Chan Floating Market di Taling Chan District Office, Don Wai Market di Nakhon Pathom dan Bang Namphueng Floating Market di Samut Prakan. Floating Market ini seawal pagi sudah beroperasi, sesampai HB pada pukul 7.30 pagi para peniaga sudah memulakan perniagaan.
Seperti Sungai Chao Phraya, disini pun airnya agak berbau.Bayaran untuk menaiki sampan daripada RM 100 untuk seorang jatuh kepada RM 40, bagi HB harga ini masih mahal tapi demi mengutip pengalaman dan sudah melalui perjalanan yang agak jauh maka teruskan jua niat yang dipasang dalam hati.
Seperti Sungai Chao Phraya, disini pun airnya agak berbau.Bayaran untuk menaiki sampan daripada RM 100 untuk seorang jatuh kepada RM 40, bagi HB harga ini masih mahal tapi demi mengutip pengalaman dan sudah melalui perjalanan yang agak jauh maka teruskan jua niat yang dipasang dalam hati.
Satu-satunya kedai beg tangan disini.
Ini kawasan sibuk, kira macam pekan.
Tempat gajah ini pun berdekatan dgn Floating Market, untuk 30 minit menunggang gajah dikenakan bayaran sebanyak RM 60 seorang.
Chatuchak Market hanya beroperasi dihujung minggu sahaja, ada lebih kurang 1500 kedai yang menjual pelbagai jenis dagangan.
Menara jam ini juga boleh dijadikan titik pertemuan, ada kerusi yang disediakan.Untuk mendapatkan makanan halal, ianya cuma bersebelahan dengan menara ini.
Antara juadah yang dijual.Nasi beryani gam pun sedap juga.
BTS Mo Chit yang paling hampir ke Chatuchak Market dan Chatuchak Park yang cuma bersebelahan sahaja.
Hotel HB menginap- Ibis Sathorn Bangkok- www.ibishotel.com/asia
Hotel ini baru dibuka pada bulan Ogos 2008.
Nama jalan hotel Ibis Sathron.
Depan Hotel ini ada 7E dan 3 pusat internet.
Hotel Malaysia yg terletak bersebelahan.
Lumphini Tower, sebagai penunjuk arah.Bangunan tinggi yang berhampiran dgn Hotel.
Pemandangan dari bilik Hotel di tingkat 7.
Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok.
Pesawat AA - FD 3571 siap sedia untuk berlepas ke Kuala Lumpur.Sebenarnya banyak lagi tempat2 menarik di Bangkok yg HB belum jelajahi lagi, ini kali pertama dan banyak pengalaman dan suka duka yg dilalui untuk dijadikan pengajaran dimasa akan datang.Tentang makanan halal tidaklah begitu susah sangat, yang penting kena usaha dan bijak merancang.Apa-apapun perjalanan kali ini tetap seronok :)
5 comments:
Balang.. kalau beg2 tuh jatuh kat air .. camner?.. hehe... byk koleksi pic hang kat Bangkok ek..
ada lagi ke stok gambar kat bangkok....kasi kuar lah cepat...:)
kalau beg2 tu jatuh kat air, balang lah org pertama yg terjun sungai pi selamat kan beg tuh...bukan apa, nak tunjuk terer lah kat awek2 siam tu kannn...ahaksss....
NTY- Kalau jatuh pepandai la menyelam dlm sungai tue kutip balik....tak pun p beli lain :)
Da abis da koleksi pic, da stay kat sana dkt seminggu maka banyaklah koleksi...kan HB nie jurugambar tahap pro ..hehe.
Kak Lia- da semua HB keluarkan, sampai part 3 la :)
Hehehe, kalau HB masuk sungai tue harus ayaq tue melimpah ruah.:)
Tapi awek yg jual kain tue tak fotogenik la sbb kalau tgk live mmg cun :)
*Mana mana kedai yg pelancong beli barangnya maka penjual tersebut harus bg tips kat org sampan.
ooo camtu ye balang...bagus juga cara dorang tuh bagi tips cam tu kan...sama2 carik makan....
Yup, sikit sama sikit, banyak sama banyak.
Post a Comment