Restoran Sapu Lidi yang berkonsepkan sawah padi,terletak tidak jauh dari Restoran Kampung Daun.
Sini juga tersedia bantal yang khusus untuk duduk sahaja, jika perlu lagi boleh minta daripada karyawan bertugas.
Saerobi
Jika perlu apa-apa sila ketuk buluh yang tersedia di tiang saung.
Sungguh medamaikan, sambil menjamu selera kita akan diperdengarkan dengan alunan muzik Jawa.
Hiasan dalaman yang terdapat di Restoran Ikan Bakar Pak Chi Met , Jalan Sukajadi.
Rojak Buah pun ada keropok.
Antara menu yang dipesan, ayam goreng, ikan gurame bakar, yang lidi itu udang dengan cumi (sotong) bakar, salad,tahu, tomato dan tempe.....ermmm, sedap :)
Antara cili dan sambal yang disediakan.
Hidangan di Restoran Sambara, masakan Sunda......semuanya kering.
Sambal cili hijou dengan sambal cili merah yang cuma secubit HB jamah selebihnya hanya jadi tatapan HB.
Sambal cili hijou dengan sambal cili merah yang cuma secubit HB jamah selebihnya hanya jadi tatapan HB.
HB di Lisung Cafe yang terletak di bukit Dago, dari sini boleh lihat permandangan Kota Bandung.Masa ini terfikir kenapa makanan HB sikit dari yang lain...rasa macam tak cukup saja...hehe.
Ini masa HB berada di Ciater selepas melawat Gunung Berapi Tangkuban Perahu.
Ciater ini tempat air panas yang langsung dari Gunung Berapi, sambil tunggu mereka merendam kaki didalam kolam tersedia...HB pi menunggang kuda ....bak kata sahabat HB yang telah membantu mengecilkan gambar kali ini " lain kali tolong laa jangan siksa binatang lagi..."
Ciater ini tempat air panas yang langsung dari Gunung Berapi, sambil tunggu mereka merendam kaki didalam kolam tersedia...HB pi menunggang kuda ....bak kata sahabat HB yang telah membantu mengecilkan gambar kali ini " lain kali tolong laa jangan siksa binatang lagi..."
9 comments:
ye lah balang...sian kat keldai tuuu....sakit leher dia...hehehe....naper balang tak makan cili2 tu...kalo dpt kat akak mau licinnnn....best lah tempat mkn kat tgh bendang....nyaman rasa nya...
bestt nyaaa.. ada tempat santaii...siap ada bantal... emmm.. hang ke yg naik keldai itiewww?.... besarrrnya hangggg..hukk.hukk.hukk
Itu bukan Keldai la, kan itu Kuda :)
Ala, Kak Lia cemburu la kan sbb takut naik kuda? Hehe.
Setakat secubit dua bolehlah Kak Alia, HB tak tahan pedas sangat.
Yup, makan kat bendang.....best :)
Baru la bersantai sambil bersantap namanya :)
Memang HB teruja dengan konsep Res. Sapu Lidi ini.
Hang pun sama dgn Kak Lia, tak taw nama haiwan.HB la itu, namapun HuluBalang kan......:)
kuda ke tu balang...alahaiii...sian nyer lahhh...hahahaha....mesti kuda tu buat masa nih di rehat kan sebab injured tulang belakang bengot...wakakaka....best lah tmpt makan nih...lepas makan leh terus baring2...tido semenet dua kan...
wakakakaka.. tulang kuda tuh dah patah riok ekk.... mintakk nyawaaaaaaaaaaa...hahaha
Kesimpulannya nak cakaplah yang tulang belakang kuda itu tak cukup kalsium? Hehehe
Lokasi santapan yang dipaparkan dalam blog ini memang sangat menarik.Kak Lia lepas makan mesti ingat nak tido saja....hehe.
waddduhhh best laa tempat neeeh.... tapi keldai tu cam terseksaaaaa jeee .. ekekekekek :-)
Kak Jilter- Lokasi ini antara yang terbaik HB singgah setakat ini :)
*Keldai itu saja-saja buat macam terseksa, nak ambil simpati daripada Presiden Persatuan Keldai dan seangkatan dengannya berkenaan elaun lebih masa..:)
Post a Comment