Tuesday, 10 June 2008
Wang
Ianya cuma kertas bercetak yang sungguh bernilai lagi bermakna.
Ianya digunakan sebagai ganti kepada sistem dagang barter.
Manusia mencarinya dengan bertungkus lumus pelbagai cara.
Mempunyai matlamat dan harapan yang tinggi terhadapnya.
Biarpun dewasa ini sekeping kertas itu semakin susut nilainya.
Bermacam macam cara yang berhemah lagi berjimat cermat dilakukan.
Tapi sejauh mana manusia sanggup mengekang inflasi yang melanda.
Tujuan sebenar mengikat perut telah dinodai, Cita cita yang terkandung didalam nilai kertas itu turut hilang dek kerana sifat manusia yang suka menangguk di air yang keruh.Manusia jenis ini suka mengambil kesempatan diatas penat lelah manusia lain tanpa memperdulikan masalah yang mereka tanggung.
Itulah kuasa kertas yang selalu menggelapkan mata hati manusia yang tamak.
Setinggi manapun pencarian kita terhadap kertas itu, Ianya tetap akan lupus dengan pelbagai cara yang tak pernah kita sangkakan.
Carilah ianya dengan cara yang betul dan sentiasa peka serta bertolak ansur dengan masalah orang lain mengenai kertas ini... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Biar sikit asalkan halal, duit byk pon tak menjanjikan bahagia
Sbb itu ada tangga, Sebanyak mana kita cari , Sebanyak itu juga akan turun berterbangan.
pandai membaca lukisan hehe
Tidak sepandai hati :)
Tak sebijak biacara hb :)
Masing masing ada kelebihan :)
Post a Comment