Saturday, 5 July 2008

Run For Charity

Photobucket

Pagi ini HB menyertai program ini yang dianjurkan oleh KennyRogers, Desa WaterPark, Kumpulan Berjaya, SilverBird, VeGood dan Milo.
Acara bermula jam 8.00 pagi dan mempunyai 5 kategori mengikut jantina dan umur, Ianya berlangsung di Desa WaterPark, Kuala Lumpur.
Program ini lebih bermakna apabila disertai 800 anak-anak Yatim dari beberapa Rumah Kebajikan yang terpilih.
Setiap peserta harus berlari sambil membawa satu kon aiskrim berisi sebiji telur ayam.Bagi peserta dewasa harus berlari sejauh 4.5km dan kanak kanak sejauh 3.5km yang dimana laluannya mengelilingi kawasan luar Desa WaterPark dan diawasi oleh pihak Polis, Rela, Ambulans dan marshall Kenny Rogers serta Desa WaterPark.

Photobucket
Baju Rasmi Program Run For Charity.

Photobucket
Setiap peserta mendapat Goodies Bag ini.
A 393 adalah nombor penyertaan HB.

Setelah sekian lama tidak berlari mahupun berjalan kaki sejauh ini, hasilnya segala urat sendi kaki HB sakit hingga saat ini tetapi rasa gembira telah mengatasi segala galanya.
Semoga kita dapat meraikan golongan yang kurang bernasib baik dengan menganjurkan atau menyertai program seperti ini.

Thursday, 19 June 2008

Sibuk

Photobucket

Sibuk tidak mungkin membataskan kita melakukan apa sahaja kemahuan.
Biarlah keperluan dan kemahuan kita diberikan hak sama rata seboleh-bolehnya.
Agar perjalanan kehidupan sehari hari akan bertambah ceria dan bermakna.
Ada juga manusia yang sibuk tentang manusia yang lain, tapi tidak mahu manusia yang lain sibuk tentang dirinya.
Ada juga manusia yang sibuk untuk beritahu tentang dirinya kepada manusia yang sibuk untuk tahu tentangnya.
Ada juga manusia yang buat buat sibuk walaupun sebenarnya tidak sibuk.
Kalau hendak seribu daya , Kalau tak nak seribu dalih.

Hujan

Photobucket
Alhamdulillah, Hujan turun memberikan rahmat dariNya.
Kadang kadang bila hujan ada juga manusia yang tidak suka.
Tapi bila panas berpanjangan ada juga manusia yang mengeluh.
Ada juga mengatakan hujan sebagai cuaca yang yang tak elok atau buruk.
Sesungguhnya kita perlu bersyukur dalam apa jua keadaan sama ada hujan atau sebaliknya.
Kita masih diberikan nyawa dan buah fikiran untuk berfikir tentang kejadian alam.
Yang buruk pasti datangnya dari kita, mesti ada sebab mengapa cuaca sering berubah ubah.
Kerana manusia sering melakukan kerosakan kepada alam semulajadi.
Hanya yang Maha Esa sahaja yang mengetahui tentang segala ciptaannya.

Tuesday, 17 June 2008

TC 3




  • Bust org yg sama level sebagai permulaan, lebih afdal jika levelnya lebih tinggi dan masa 2 jam ke atas.Exp pun lebih
  • Crimes yg memberikan tunai lumayan bermaksud Exp yang sedikit.

  • Kalau NB 35, Jgn buat crime contohnya Kidnapping, Arson (Government Building) dan GTA untuk sementara waktu kerana NB akan turun ke 30 semula.Sila lakukan bust terlebih dahulu bagi mengukuhkan NB 35.

  • Bila sudah sampai level 10 jangan lupa tukar dari GYM Woody's ke GYM Joe's.
  • Klik Newspaper, LOCAL GYM
    Woody's Work Out Club (level 1+, $100)

    Average Joe's (level 10+, $25,000)


http://www.youtube.com/watch?v=L0GBn2-85Eo

Thursday, 12 June 2008

Salah Hari

Photobucket

Dengan penuh yakin hari ini berbaju melayu
Adakah sebab ada majlis akad nikah ?
Adakah sebab ada keramaian yang memerlukan berpakaian begitu?
Adakah sebab mempertahankan budaya Melayu?
Adakah sebab tarikh?
Semua perkara diatas adalah salah sama sekali.
Sebab itu datangnya dari diri sendiri.
Sebab salah mengenalpasti hari :)

Tuesday, 10 June 2008

Wang

Photobucket

Ianya cuma kertas bercetak yang sungguh bernilai lagi bermakna.
Ianya digunakan sebagai ganti kepada sistem dagang barter.
Manusia mencarinya dengan bertungkus lumus pelbagai cara.
Mempunyai matlamat dan harapan yang tinggi terhadapnya.
Biarpun dewasa ini sekeping kertas itu semakin susut nilainya.
Bermacam macam cara yang berhemah lagi berjimat cermat dilakukan.
Tapi sejauh mana manusia sanggup mengekang inflasi yang melanda.
Tujuan sebenar mengikat perut telah dinodai, Cita cita yang terkandung didalam nilai kertas itu turut hilang dek kerana sifat manusia yang suka menangguk di air yang keruh.Manusia jenis ini suka mengambil kesempatan diatas penat lelah manusia lain tanpa memperdulikan masalah yang mereka tanggung.
Itulah kuasa kertas yang selalu menggelapkan mata hati manusia yang tamak.
Setinggi manapun pencarian kita terhadap kertas itu, Ianya tetap akan lupus dengan pelbagai cara yang tak pernah kita sangkakan.
Carilah ianya dengan cara yang betul dan sentiasa peka serta bertolak ansur dengan masalah orang lain mengenai kertas ini... :)

Jalan

Photobucket

Setelah sekian kalinya kita mencari jalan yang di kehendaki,
Kita teruja dan memikirkan pelbagai cara untuk mengharunginya,
Hinggakan kita meminta pandangan serta cadangan dari pihak lain,
Maka bermula segala percanggahan, pergeseran dan pelbagai rumusan,
Yang selama ini mereka tidak pernah cuba membantu kita mencari jalan tersebut dengan seikhlas hati mahupun semangat yang berterusan.
Mereka ini selalu memberikan seribu satu kerumitan dan kepayahan bagi setiap jalan yang kita temui.
Menghancurkan harapan dan cita-cita yang menggunung tinggi.
Masa semakin meninggalkan kita, Lihat sekeliling apa bantuan yang diberikan oleh mereka- adakah cukup memadai?
Mereka memang berilmu tapi cara mereka untuk kita harungi jalan itu adalah salah sama sekali kerana bukan rangkuman bidangnya.
Yang akhirnya kita tak akan ke mana mana sudahnya.
Walhal sepatutnya kita cuba dengan cara tersendiri melalui pengalaman dan rumusan pihak yang berkenaan yang lebih bijaksana menguruskan jalan yang kita harus ditempuhi itu.
Yakinlah pada diri sendiri dan kemampunan yang dimiliki.
Jika ada jalan yang lurus mengapa perlu kita memilih jalan yang berliku - liku....:)