Sampai sahaja di Jakarta langsung ke Bogor yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Masuk dan pandu dengan kenderaan sendiri untuk mengelilingi kawasan safari,kita boleh lihat habitat haiwan yang jinak, separa jinak dan langsung tidak jinak dengan lebih jelas yang cuma cermin kenderaan menjadi penghalang antara kita dan haiwan tersebut.Setiap kumpulan haiwan akan terbahagi dalam kawasan yang berlainan kategori,setiapnya harus melalui pagar yang bermenara bagi memantau keadaan.Yang pastinya kita akan dapat pengalaman yang baru dan lebih bermakna.
Sang singa termenung mengenangkan masa depan.
Sang singa yang pemalu sambil nak tunjuk rambut yang di milikinya.
Sang belang yang tampak sopan, kesejukkan selepas hujan reda.
Unta yang kesepian.
Orang Utan yang sedang berteduh dari hujan.
Tanduk yang digunakan sebagai pertahanan diri.
Beruang Matahari yang sedang berlegar-legar.
Satu kumpulan dengan Orang Utan, sedang berehat.
Sang badak yang berselindung diantara kawanan rusa.
Gajah sedang menjalankan aktiviti rendam kaki.
Badak sumbu yang sedang mengekori kenderaan HB.