Thursday 5 June 2008

TC

Sudah 227 hari HB menceburi permainan secara online ini tidak mengira siang malam, pagi petang dan apa jua keadaan cuaca, sekalipun HB sibuk dengan tugas pasti akan meluangkan sedikit masa ( sikit ke? ) untuk TC.Walaupun sekadar untuk ke Gym dan Crimes .
Hingga kini HB telah di anugerahkan sebanyak 30 pingat , Game rank: #12 Veteran , Level: 21 dan Marital Status: Married to pandapenyek for 200 day(s) dan betugas di Torn City Hospital juga bakal menjadi Brain surgeon.

Property: Palace
Owner: HuluBalang

TC hanya satu permainan yang memerlukan displin, kawalan perasaan, akal fikiran dan semangat untuk kita berjaya dengan cemerlang.Dalam TC juga ada kawan dan lawan, ada damai ada juga kacau bilau.TC juga sama dengan alam realiti, memerlukan duit untuk terus maju dan kuasa.Dengan menjadi kaya raya kita mampu miliki kediaman yang bagus, senjata yang ampuh dan pelbagai kemudahan yang lain.TC juga ada kalanya mengundang suka duka yang menjadikan kita lebih berpengalaman dalam menguruskan kehidupan di alam maya, mengenal sikap seseorang, telatah serta perangai manusia dan perpaduan antara satu sama lain.TC juga memerlukan sikap bantu membantu, saling percaya mempercayai dan kerjasama bagi menjayakan sesuatu misi sama ada di dalam company mahupun dalam faction.Walaupun ianya cuma permainan di alam maya tapi masih memerlukan sifat dan perasaan kita sebagai manusia.Jangan lupa juga dengan pepatah duri dalam daging kerana ianya akan terjadi di dalam TC ini, mereka ini mudah lupa dengan segala bantuan yang kita curahkan bagi mencapai misi serta tujuan yang kadangkala akan menikam kita dari belakang.Maka dengan itu berhati-hati apabila membuat sebarang hubungan tidak kira sama kerakyatan atau sebaliknya.Apabila berlaku pergeseran, salah faham dan ketidakpuashatian antara satu sama lain maka adalah lebih baik di bawa berunding terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang melulu yang akan mengakibatkan impak yang tidak terkawal.Tapi jika setelah berunding tetapi tiada jalan penyelesaian dan atas nama kebenaran tidak salah kita mempertahankan diri dengan apa cara sekalipun hatta dengan cara menyerang bertali arus.Dalam TC , apabila kita diserang bertali arus dengan menafikan hak kita untuk menyatakan kebenaran maka jangan sesekali kita putus asa dan menyerah kalah....Ayuh bangkit pertahankan diri kita dengan segala apa dimiliki.Oleh sebab itu kita disarankan memiliki atau menyewa kediaman yang bagus sebagai contoh Ranch atau Palace sekurang kurangnya, Primary weapon,Secondary weapon dan Melee weapon yang hebat lagi ampuh sebagai contoh Minigun , Dual 96G Berettas dan Yasukuni Sword.Kediaman dan senjata yang hebat juga tidak cukup hebat jika Battle stats tidak mencapai sasaran mengikut age dan level, Jangan membazirkan Energy pada perkara yang tidak mendatangkan faedah jangka panjang. Adalah lebih baik kita gunakan Energy untuk GYM mengikut skala panduan http://www.andyviar.com/tornCity_personalTrainer.php. Working stats yang bagus juga akan membantu dalam mencari pekerjaan di TC. www.tcbasic.com



Terima Kasih tidak terhingga kepada semua yang membantu HB secara langsung mahupun sebaliknya.

4 comments:

bob a.k.a wan said...

waaa... ni lah sorg player tc yg penuh azam dan semangat padu yg pnh aku jmpa.... bgs bro coz bkak blog ni...
keep up the good work...
lau bley ltk r gbr2 bro g melancong dulu and tambhla thread2 pasal tc.. nt bley promotekn bro py blog ni kt rakan2 tc yg len... =)

HuluBalang said...

Terima Kasih atas sokongan hang.
Akan HB cuba menterjemahkan apa yang hang maksudkan itu :)

randomz said...

caya la..ini bole jadi role-model aku dlm tc..hehehe

HuluBalang said...

Terima Kasih :)
HB pun masih belajar lagi pasal TC ini.